TERAPI SENI VISUAL
Pengenalan Terapi Seni
Profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien/pesakit untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan.
Terapi Seni ini telah menjadi kajian sekian lamanya di negara negara barat. Di Malaysia pula, terapi seni masih belum ada kajian yang mendalam mengisi ruang kosong bagi membantu menyelesaikan pemasalahan pelajar dalam usaha menginterpretasi diri, memperkembangkan pengetahuan, mempertingkatkan kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea.
Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi keperluanyang tidak dapat dielakkan lagi. Pelajar datang dari latar belakang yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai kompleksiti tersebut daripada menjadi bertambah serius. Ini adalah untuk memastikan kepesatan pembangunan Negara kita, bukan saja ditajai oleh insan yang berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya cipta dan berbudaya tetapi yang mempunyai kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap disamping kestabilan emosi.
Konsep Terapi Seni
Konsep terapi seni adalah untuk memberi bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. kedua pula, Instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan serta mengawal emosi dan tekanan dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran dalam kehidupan seharian.
Selain itu, konsep ini juga turut mempengaruhi diri murid pendidikan khas dalam membentuk satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku dalam diri mereka. Hasil kerja daripada setiap pelajar dapat menzahirkan luahan seni pesakit sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures) serta membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni.
Konsep terapi seni juga turut melibatkan proses teraputik iaitu di mana ia perlahan-lahan membantu mereka mengawal kecelaruan dalam minda serta merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit.
Perkembangan Terapi Seni
Walaupun kita masih baru di dalam terapi seni sebagai instrumen pemantapan emosi dan sahsiah, tetapi, negara negara barat seperti Kanada, Amerika Syarikat, Great Britain dan lain lain lagi telah mengiktiraf dan kini menjadi suatu bidang yang dipelajari di sekolah, kolej dan universiti universiti. Permintaannya tinggi dan diiktiraf menjadi karier kategori profesional.
Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris dan psikoanalis di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi telah menggunakan lukisan dan catan sebagai proses terapi. Ini menjadikan lukisan dan catan suatu sumbangan yang amat berharga kepada proses terapi. Di antara 1940an dan 60an, Ramai pelukis dan guru lukisan berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan klinik yang kemudiannya dilantik sebagai penasihat psikaitris atau penguasa perubatan. Mereka ini mempunyai kepakaran nilai terapeutik terhadap seni dalam perubatan, sehingga itu, kepakaran mereka diiktiraf dan diserapkan ke jawatan tetap. Sehinggalah June 1980 di hospital hospital dan pada 1990, National Joint Service for Social services hanya mengiktiraf Siswazah menjawat perkhidmatan Terapi seni. Maka semakin berkembanglah karier mulia ini sehingga hari ini.
Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya ‘Teori Perkembangan Kanak-kanak’ menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa. Victor Lowen Seld mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar pelajar.
Keperluan Terapi Seni
Terapi seni merupakan salah satu terapi di mana pesakit atau kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dapat melahirkan isi hati mereka sendiri melalui idea serta gubahan yang mereka buat dalam aktiviti seni visual. Salah satu keperluan dalam terapi seni adalah untuk menyelesaikan konflik emosi yang di alami oleh kanak-kanak pendidikan khas. Selain itu, meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri dalam diri setiap murid pendidikan khas juga merupakan keperluan terapi seni dalam diri mereka.
Tidak terkecuali, keperluan terapi ini juga turut membina kesedaran sosial dan mengubah tingkah laku sama ada secara langsung atau pun tidak. Ada di antara mereka yang dapat di ubah tingkah laku dalam jangka masa yang pendek dan ada juga yang terpaksa mengambil masa yang panjang bagi mengubah tingkah laku murid pendidikan khas ini. Ke semua permasalah bergantung kepada tahap penyakit yang mereka hadapi serta tahap keintelektual pemikiran mereka. Akhir sekali, keperluan terapi seni ini juga turut membina strategi penyelesaian masalah yang dapat difikirkan oleh guru bagi meningkatkan tahap penguasaan pembelajaran dalam diri murid pendidikan khas dan tidak lupa juga murid bermasalah ini juga dapat meningkatkan kemahiran penguasaan hidu dalam deria mereka.
Kaedah Pelaksanaan Terapi
Kaedah pelaksanaan terapi ini boleh dilakukan di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Guru juga boleh menerapkan unsur seni visual dalam pengajaran mereka supaya pengajaran pada hari itu lebih menarik dan menyeronokkan. Unsur terapi seni ini boleh di masukkan dalam langkah pengajaran mereka sama ada dalam langkah dua atau tiga. Ia juga boleh di jadikan salah satu aktiviti yang boleh menarik minat pelajar untuk terus mengikuti P&P guru tersebut. Antara aktviti seni yang boleh dilakukan adalah seperti seni lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis dan pelbagai lagi.
Lukisan
Ia adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas permukaan rata dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit seperti pensil warna dan krayon. Unsur garisan amat ditekankan di mana ia adalah kerja asas untuk menghasilkan catan, cetakan atau mural. Ia juga adalah terhasil secara spontan mengikut gerak hati atau perasaan pelukis itu.
Seni lukisan dan seni kolaj
Kolaj
Penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata atau 2D. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
Catan
Catan adalah hasil seni bahantara pigmen warna di atas permukaan rata. Ia terhasil melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus atau alatan lain. Ia memberi ruang kepada pelukis meluahkan perasaan, membuat interpretasi pandangan atau merakamkan gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak.
Jenis warna yang lazim digunakan ialah cat guac, warna poster, warna air, cat akrilik, cat minyak, cat tempera dan Fresko (Kapur plaster).
Seni catan dan seni montaj
Montaj
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari pelbagai sumber atau sumber yang sama untuk menimbulkan mesej pengajarana, alam sekitar dan lain-lain. Aktiviti montaj lazimnya menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Namun, teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) boleh digabungkan dan digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.Teknik super impose, image editing photographydigunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj. Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema landskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.