Khamis, 3 April 2014

~Terapi Main~


Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.


Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.

Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.

Tujuan terapi bermain
  • mengurangkan masalah tingkah laku
  • meningkatkan komunikasi
  • mempu menilai diri sendiri
  • meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang 
Kelebihan terapi bermain 
  • Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri
  • Membolehkan melahirkan masalah
  • Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.

Peraturan permainan teng teng
  • Kanak-kanak melompat dengan sebelah kaki setiap satu kotak.
  • Apabila tiba di bahagian kepak, kanak-kanak melompat dengan dua belah kaki.
  • Kanak-kanak diminta mengambil anak patung kecil di bahagian atas teng teng  tanpa melihatnya.
  • Kemudian kanak-kanak akan melompat semula ke bahagian bawah.
  • Permainan akan terbatal jika kaki kanak-kanak terkena garisan apabila melompat.

2. RANCANGAN AKTIVITI :
            2.1 Bermain teng teng
2.2. CARA PERLAKSANAAN :


3.JENIS ALATAN DAN FUNGSINYA:
a.    Lakaran teng teng kapal terbang
  • Digunakan untuk kanak-kanak melompat
b.    Patung kecil
  • Sebagai ganjaran apabila kanak-kanak berjaya


Teng teng kapal terbang

4.1 Objektif :
  • Menguatkan otot kaki kanak-kanak.
  • Membantu koordinasi mata dan kaki.
  • Murid dapat melakukan aktiviti dengan seronok.
4.2 Tempoh masa 30 minit

5. Gambar terapi main.




Gambar 1 : Membaling buah teng teng


Gambar 2 : Melompat di dalam kotak dengan sebelah kaki


Gambar 3 : Melompat dalam kotak teng teng dengan dua belah kaki.


ambar 4 : Mengambil anak patung.
terapi fisio

Terapi fisio dan terapi cara kerja ialah salah satu cara yang dapat membantu murid pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran. Di bawah ini menerangkan mengenai apa yang dimaksudkan pergerakan kreatif dan drama tersebut.

Definisi Fisio

Definisi terapi fisio atau terapi fizikal berdasarkan kamus perubatan Mosby (2001) ialah rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorag individu dengan menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah seperti berikut:

1.    Mengurut.
2.    Manipulasi.
3.    Latihan teraputik
4.    Penyejukan dan pemanasan
5.    Terapi hidro.
6.    Ransangan menggunakan elektrik.
7.    Ransangan menggunakan cahaya.

 Aktiviti Fisio

Aktiviti fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran dan boleh diperolehi di pusat-pusat perubatan. Namun demikian, terapi fisio yang mudah masih boleh dilaksanakan berdasarkan masalah pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah:

1.    Mengurut.
2.    Mencubit.
3.    Menguli.
4.    Mengoyak.
5.    Menggentel.
6.    Menggunting.
7.    Mencabut.
8.    Menggenggam.
9.    Menggaru.
10.  Memicit.
11.  Merenyuk

 Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar:
1.    Melambung.
2.    Membaling.
3.    Menyambut.
4.    Menolak.
5.    Menarik
6.    Melompat.
7.    Menendang.
8.    Memukul.
9.    Berlari.
10. Berjalan.

Latihan imbangan:
1.    Berdiri di atas kerusi.
2.    Berjalan di atas tali
3.    Membawa buku di atas kepala
4.    Membawa bola ping pong dengan sudu.
5.    Berdiri sebelah kaki.

Latihan kordinasi:
1.    Melambung dan menyambung bola berbagai saiz
2.    Memasukkan jarum ke dalam lubang manik.

Rawatan kebiasaan yang ditawarkan
1.   Terapi senaman.
2.   Perawatan elektrofizikal.
3.   Shortwave diactomy, Interferrential therapy, TENS, Ultrasounds, Hot packs   dan lain-lain.
4.   Teknik-teknik khas contoh; mobilisasi sendi
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Entry ni saja nak kongsi tentang lawatan admin ke Unit Terapi dan Khidmat Sokongan, UTEKS, UPSI.
Tujuan lawatan ke UTEKS ni adalah untuk melihat terapi snoozeland yang dijalankan di sana. Semestinya seorang guru pendidikan khas mesti tahu tentang pengendalian terapi ini apatah lagi  kami bakal guru yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang ini. Jadi, inilah peluang kami untuk lebih mengenali tentang terapi yang perlu digunakan oleh guru dalam mengajar murid berkeperluan khas.

Alhamdulillah, lawatan kami berjalan dengan lancar. Kami disambut baik oleh warga UTEKS dan di kesempatan ini, admin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana pihak UTEKS menerima baik kedatangan warga IPG Kampus Ipoh.




Banyak input berkaitan terapi dalam Pendidikan khas yang admin perolehi antaranya adalah berkaitan terapi snoozeland, terapi cara kerja, terapi fisio, dan terapi aroma. Penerangan yang diberikan oleh pihak UTEKS juga amat membantu admin mengenali terapi ini dengan lebih mendalam.

Lupa pulak nak cerita, bilangan admin dan rakan-rakan seperjuangan yang pergi ke UTEKS ni adalah seramai 45 orang. Disebabkan semester ini ada subjek terapi, kami wajib mengadakan lawatan berkaitan terapi di mana-mana organisasi berkaitan. Jadi, UTEKS adalah pilihan kami untuk melihat terapi snoozeland dengan lebih dekat.



Sejujurnya, admin akui bahawa sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke bilik terapi, admin dan rakan-rakan rasa teruja melihat kemudahan yang terdapat di bilik terapi. bayangkan kami sendiri pun dah teruja apatah lagi budak bekeperluan khas. Jadi, di sini nampak dah kebaikan terapi untuk murid bekeperluan khas.

Admin pun tak nak panjangkan cerita takut pembaca bosan pulak kan, Jadi, entry kali ni, admin sertakan gambar rakan-rakan seperjuangan yang kelihatan happy giler menjalankan sesi lawatan ni. hehehe.


TERAPI AROMA

Dapat mengurangkan stres, menenangkan fikiran dan membangkitkan semangat dan ghairah.
Dipercayai dapat membersihkan racun/toksid dalam tubuh
Jenis dan manfaat aroma terapi

    • Citronella – kurangkan ketegangan,meredakan hidung tersumbat
    • Lavender – memudahkan tidur,meredakan kegelisahan
    • Teh hijau – perbaiki sistem peredaran darah,membersihkan paru-paru
    • Rose – baiki metabolisma dan sistem peredaran darah,seimbangkan hormon
    • Green apple – menyembuhkan mabuk,menguatkan sistem pencernaan
    • Lemon  kurangkan stress dan anti depresi, meningkatkan mood


CONTOH ALAT TERAPI AROMA



Terapi Dalam Pendidikan Khas

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka.

Kanak-kanak berkeperluan khas yang datang ke sekolah kadang-kadang mempunyai masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi. Bagi membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, antara yang boleh dijalankan oleh guru-guru ialah terapi.

Objektif Terapi

Objektif terapi dalam pendidikan khas adalah supaya guru dapat mengenal pasti keperluan terapi untuk perkembangan diri murid yang bermasalah. Setiap pelajar haruslah diketahui permasalahan yang mereka hadapi agar terapi atau nama lain pemulihan ke atas diri mereka dapat dilakukan. Selain itu, objektif terapi ini juga turut menjadi satu penanda aras kepada guru agar penilaian dapat dibuat bagi aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan tahap murid.

Keperluan Terapi

Seperti yang sedia maklum, setiap perkara yang dibuat haruslah mempunyai tujuan dan keperluannya tersendiri. Begitu juga dengan terapi dalam pendidikan khas, salah satu keperluan terapi ini adalah untuk melatih murid-murid  bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian. kedua pula, bagi mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan tidak kira di dalam kelas mahupun di luar kelas.

Sesuatu pengajaran itu seharusnya memberikan kesan positif dalam diri murid pendidikan khas. Tidak dinafikan, keperluan terapi juga turut meransang murid untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta dapat meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran.

Definisi Terapi

Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.

Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

Jenis-Jenis Terapi

Antara jenis-jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran ialah:

1.    Terapi fisio dan terapi cara kerja.
2.    Terapi seni visual.
3.    Terapi berkuda.
4.    Terapi pasir.
5.    Terapi muzik dan nyayian.
6.    Pergerakan kreatif dan drama.
7.    Terapi Hidro (Air)
8.    Terapi alternatif
9.   Terapi pertuturan
TERAPI SENI VISUAL

Pengenalan Terapi Seni

Profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien/pesakit untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan.

Terapi Seni ini telah menjadi kajian sekian lamanya di negara negara barat. Di Malaysia pula, terapi seni masih belum ada kajian yang mendalam mengisi ruang kosong bagi membantu menyelesaikan pemasalahan pelajar dalam usaha menginterpretasi diri, memperkembangkan pengetahuan, mempertingkatkan kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea.

Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi keperluanyang tidak dapat dielakkan lagi. Pelajar datang dari latar belakang yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai kompleksiti tersebut daripada menjadi bertambah serius. Ini adalah untuk memastikan kepesatan pembangunan Negara kita, bukan saja ditajai oleh insan yang berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya cipta dan berbudaya tetapi yang mempunyai kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap disamping kestabilan emosi.

Konsep Terapi Seni

Konsep terapi seni adalah untuk memberi bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. kedua pula, Instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan serta mengawal emosi dan tekanan dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran dalam kehidupan seharian.

Selain itu, konsep ini juga turut mempengaruhi diri murid pendidikan khas dalam membentuk satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku dalam diri mereka. Hasil kerja daripada setiap pelajar dapat menzahirkan luahan seni pesakit sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures) serta membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni.

Konsep terapi seni juga turut melibatkan proses teraputik iaitu di mana ia perlahan-lahan membantu mereka mengawal kecelaruan dalam minda serta merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit.

Perkembangan Terapi Seni

Walaupun kita masih baru di dalam terapi seni sebagai instrumen pemantapan emosi dan sahsiah, tetapi, negara negara barat seperti Kanada, Amerika Syarikat, Great Britain dan lain lain lagi telah mengiktiraf dan kini menjadi suatu bidang yang dipelajari di sekolah, kolej dan universiti universiti. Permintaannya tinggi dan diiktiraf menjadi karier kategori profesional.

Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris dan psikoanalis di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi telah menggunakan lukisan dan catan sebagai proses terapi. Ini menjadikan lukisan dan catan suatu sumbangan yang amat berharga kepada proses terapi. Di antara 1940an dan 60an, Ramai pelukis dan guru lukisan berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan klinik yang kemudiannya dilantik sebagai penasihat psikaitris atau penguasa perubatan. Mereka ini mempunyai kepakaran nilai terapeutik terhadap seni dalam perubatan, sehingga itu, kepakaran mereka diiktiraf dan diserapkan ke jawatan tetap. Sehinggalah June 1980 di hospital hospital dan pada 1990, National Joint Service for Social services hanya mengiktiraf Siswazah menjawat perkhidmatan Terapi seni. Maka semakin berkembanglah karier mulia ini sehingga hari ini.

Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya ‘Teori Perkembangan Kanak-kanak’ menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa. Victor Lowen Seld mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar pelajar.

Keperluan Terapi Seni

Terapi seni merupakan salah satu terapi di mana pesakit atau kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dapat melahirkan isi hati mereka sendiri melalui idea serta gubahan yang mereka buat dalam aktiviti seni visual. Salah satu keperluan dalam terapi seni adalah untuk menyelesaikan konflik emosi yang di alami oleh kanak-kanak pendidikan khas. Selain itu, meningkatkan kesedaran  dan semangat kendiri dalam diri setiap murid pendidikan khas juga merupakan keperluan terapi seni dalam diri mereka.

Tidak terkecuali, keperluan terapi ini juga turut membina kesedaran sosial dan mengubah tingkah laku sama ada secara langsung atau pun tidak. Ada di antara mereka yang dapat di ubah tingkah laku dalam jangka masa yang pendek dan ada juga yang terpaksa mengambil masa yang panjang bagi mengubah tingkah laku murid pendidikan khas ini. Ke semua permasalah bergantung kepada tahap penyakit yang mereka hadapi serta tahap keintelektual pemikiran mereka. Akhir sekali, keperluan terapi seni ini juga turut membina strategi penyelesaian masalah yang dapat difikirkan oleh guru bagi meningkatkan tahap penguasaan pembelajaran dalam diri murid pendidikan khas dan tidak lupa juga murid bermasalah ini juga dapat meningkatkan kemahiran penguasaan hidu dalam deria mereka.

Kaedah Pelaksanaan Terapi

Kaedah pelaksanaan terapi ini boleh dilakukan di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Guru juga boleh menerapkan unsur seni visual dalam pengajaran mereka supaya pengajaran pada hari itu lebih menarik dan menyeronokkan. Unsur terapi seni  ini boleh di masukkan dalam langkah pengajaran mereka sama ada dalam langkah dua atau tiga. Ia juga boleh di jadikan salah satu aktiviti yang boleh menarik minat pelajar untuk terus mengikuti P&P guru tersebut. Antara aktviti seni yang boleh dilakukan adalah seperti seni lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis dan pelbagai lagi.

Lukisan
Ia adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas permukaan rata dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit seperti pensil warna dan krayon. Unsur garisan amat ditekankan di mana ia adalah kerja asas untuk menghasilkan catan, cetakan atau mural. Ia juga adalah  terhasil secara spontan mengikut gerak hati atau perasaan pelukis itu. 
    

Seni lukisan dan seni kolaj

Kolaj

Penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata atau 2D. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.

Catan 

Catan adalah  hasil seni bahantara  pigmen warna  di atas permukaan  rata. Ia terhasil melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus  atau alatan lain. Ia memberi ruang kepada pelukis meluahkan perasaan, membuat interpretasi pandangan atau merakamkan  gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. 
Jenis warna yang lazim digunakan ialah cat guac, warna poster, warna air, cat akrilik, cat minyak, cat tempera dan Fresko (Kapur plaster).

   

 
Seni catan dan seni montaj

Montaj 

Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari pelbagai sumber atau sumber yang sama untuk menimbulkan mesej pengajarana,  alam sekitar dan lain-lain. Aktiviti montaj lazimnya menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Namun, teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek)  boleh digabungkan dan digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.Teknik super imposeimage editing photographydigunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj. Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema landskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.